Wednesday, August 17, 2011

Senang dalam aman.

i feel good!. yes. what day is today? today is wednesday. 17 days of ramadhan. 
haha. sedap pulak boleh speaking macam ni. Rasa cool ouh. bukan apa. tetiba rasa nak berbahasa asing. walaupun tak betul, tak salah mencuba. haha. semalam hari Selasa bersamaan 16 Hb Ogos dan 16 Ramadhan. Ada kisah jgk sebnarnya kenapa tetiba datang mood nak ber'speaking ni.

Sebagai seorang cashier partimer yg berjaya, aku buat kerja aku macam biasa la kat mart esso tu semalam. Tetiba ada mamat asing ntah mana datangnya tegur aku. "excuse me, can u show me kiblat direction?", aku mcm x berapa nak pikir terus tunjuk kan arah kiblat yang sama dengan kiblat yg aku gunakan dalam stor barang  esso ni. Lepas tu mamat ni macam tercangak-cangak mencari sesuatu. Rupanya cari tempat nak semayang. Then baru aku tau yg dia ni datang naik bas ekspres yg kebetulan cuma berhanti untuk isi minyak. memang mamat ni nak cepat. aku pon mcm serba salah nak bg dia semayang kat mana sebab stor mart ni orang awam tak boleh masuk. Lepas tu dia tanya aku lagi, boleh x kalau dia semayang kat luar je. aku yang blur cuma anggukkan kepala. Ikhlas nya niat, teguhnya iman, kukuhnya kepercayaan..dia sujud berlapikkan lantai mozek kat luar mart tu je. Aku memang terkejut. Dulu 1st time aku tengok waktu kat Bukit Bintang, area Taman Arab kalau tak silap. Tapi tu kaki lima kedai yang dah kompom2 kawasan dia, tak ada orang lalu lalang. Situasi mamat ni memang lain. Kereta lalu, kereta isi minyak belakang dia, orang lalu lalang tepi dia nak masuk mart. Jujur cakap aku tak mampu nak buat macam apa yang dia buat.

Aku tergamam, mungkin tak ada pilihan bagi dia. *Sujud. Wajib untuk dia, mandatori untuk semua kan?. Tak ada alasan untuk kita ingkar dan ketepikan sama macam apa yang mamat ni buat. Aku penah dengar mak aku cakap, 'kita sekarang ni lalai dalam aman'. Bila keadaan kita terlampau aman dan banyak pilihan, kita jadi lalai dan mengada-ngada. ye la kan..nak sembahyang perlukan tempat yang selesa. kalau kurang pilihan, tangguh. silap-silap terus tak buat. Aku tak pikir lain, cuma aku pikir kenapa aku susah nak buat sedangkan semua kemudahan tersedia? *sigh

Presiden Iran. Ahmadineejad terus solat apabila tiba waktunya tak kira dimana  & apa yg beliau sedang lakukan.

No comments:

Post a Comment