Betul. tunjuk perasaan atau protes. Lain sebutan tapi sama maksud. Semenjak dua menjak ni, masing-masing nak tunjuk perasaan. semua serba x kena. walaupun perkara kecik yg berlaku, besar jugak yg dibuku. haissh. salah siapa? tak taula. Harap janji-janji yang madu disebut..tak kan jadi tapai untuk ditelan. cukup la kot. mengalah la. bukan sesapa tapi diri sendiri. okeh..tinggalkan tentang tunjuk perasaan yang sebesar zarah ni. kalau berlaku perang sekali pon. dunia tak kan terkesan.
Hah. ni baru nak cakap pasai dunia. tgk berita tv2 kat bilik kelab td. kebetulan berita dunia. selain malapetaka "tsunami" yang membedil negara matahari terbit tersebut. Tertarik dengan berita rusuhan kat Bahrain. Mula-mula revolusi di Tunisia kemudian rusuhan di Mesir yang menentang pemerintahan si Gadafi. Sekarang ni , puak syiah tgh menentang kerajaan sunni kat Bahrain pulak. motif yang sama, puak syiah mendesak supaya pemerintahan dinasti Al-Khalifa selama 2 abad ditamatkan.
Tak kisah sangat tentang rusuhan ni. masih boleh diterima akal sebab perkara ni dikategorikan sebagi perkara luar jangka. tapi yang menyentap sangat..Bahrain yang tak salah aku 'negara Islam' telah mendapat persetujuan Amerika Syarikat laknatullah untuk menggerakkan anggota tentera GCC (negara-negara teluk) yang jugak negara-negara Islam untuk campur tangan memerangi puak-puak syiah yang merusuh. MasyaALLAH! Tentera tentera GCC yang terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar (kalau tak silap) dah mula memasuki Bahrain semalam atas seliaan Amerika Syarikat laknat! Dan yang lebih mengejutkan..Amerika ada menempatkan armada besar tentera mereka ni di Bahrain. Bila-bila masa boleh memusnahkan musuh mereka iaitu Islam!
Aku tak concern sangat pasal isu-isu dunia sebelum ni. tapi lepas jalan-jalan atas blog-blog tadi. terjumpa entri tentang tanda-tanda hati mati atau hati tertutup. salah satunya..tak ambil peduli tentang malapetaka dan bencana yang menimpa dunia. apa yang aku tulis ni tak saintifik pon..cuma sekadar apa yang aku dengar daripada media. kalau salah, cari la yang betul. nak tau lebih..google la sendiri. tu pon kalau tak nak hati jadik mati la. sekian.
*tunjuk perasaan kat dunia lagi dasat la d. yang kecik2 macam b punya ni, d padamkan je la. jom la Puteri, balik istana, balik mcm dulu.




No comments:
Post a Comment